Tahukah anda bahawa negara kita mempunyai Polisi Penyusuan Ibu Kebangsaan? Polisi ini menyatakan... "Semua ibu digalakkan menyusukan anaknya dengan susu ibu SAHAJA selama 4 ke 6 bulan dan meneruskannya sehingga anaknya berumur 2 tahun. Makanan tambahan perlu dimulakan semasa anak berumur 4 ke 6 bulan. Usaha pada peringkat kebangsaan ini tidak berakhir dengan polisi sahaja, malah garis panduan juga disediakan bagi hospital-hospital menjayakan Usaha Penyusuan Susu Ibu. Terdapat 10 langkah penting untuk menjadikan sesebuah hospital itu Hospital Rakan Bayi (Baby Friendly Hospital) 1. Mengadakan SATU POLISI bertulis mengenai penyusuan ibu. 2. Melatih semua kakitangan kesihatan dalam kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan polisi ini. 3. Memberitahu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam 1 jam selepas bersalin. 4. Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu