Hari ini, usia saya baru 6 minggu. Tiba-tiba saya rasa ada kelainan. Mulut saya disumbat dengan satu bende asing. Eh! Ini bukan puting mama.. Eeee..tak naklah! Puihhh!! Tak sedapnya rasa dia. Tapi.. kejap.. rasa macam ada susu mama..tapi mama di mana? Terdengar suara nenek memujuk, "Minumlah baby, nanti baby lapar". Apa kena mengena benda asing tu dengan minum susu. Kenapa saya kena minum susu dengan benda tu tak sedaplah. Huaaaa!!! Saya menangis sekuat hati. Tak lama selepas tu, terdengar suara mama semakin berdekatan. "Oklah sayang mama. Cukuplah latihan setakat ini. Besok kita cuba lagi", kata mama lalu saya diupah dengan apa yang dicita..Yummie!! Sedapnya, susu mama yang asli!! Besok pagi, sekali lagi nenek pegang saya. Tapi kali ini saya dah