Keperluan pengambilan susu di dalam diet ibu mengandung mahupun ibu yang sedang menyusu sejak akhir-akhir ini telah dipropagandakan secara berleluasa oleh syarikat-syarikat pengeluar susu formula. Hasilnya, ibu-ibu semakin kurang keyakinan terhadap budaya pemakanan seimbang dan beranggapan dengan mengambil susu yang diformulakan dengan pelbagai khasiat yang dilabelkan pada tin masing-masing adalah yang terbaik hingga berasa bersalah atau kurang lengkap jika tidak berbuat demikian. Mengikut sejarah peradaban manusia dan segala hidupan mamalia yang lainnya, keperluan setiap spesis terhadap susu ibu masing-masing memang wujud sejak azali lagi. Namun, kebergantungannya terhadap susu tidak pula berpanjangan sehingga dewasa. Cuba fikirkan, adakah orang utan, lembu, kambing, atau unta (serta sekalian spesis mamalia lain selain manusia) minum susu semasa mengandung untuk memastikan anak yang dikandung sihat