Mama berkesempatan membelek majalah-majalah tempatan mencari rujukan mengenai penyusuan Susu Ibu. Bulan Ogos lalu, kebanyakan majalah keibu bapaan tempatan telah menampilkan artikel-artikel mengenai Penyusuan Susu Ibu bersempena dengan sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia yang sedang berlangsung. Dari pembacaan Mama, bermacam-macam pengalaman dialami oleh ibu-ibu pelbagai kaum semasa proses membesarkan anak-anak terutama di dalam usaha menyusukan cahaya mata kesayangan mereka. Kebanyakan dari ibu-ibu ini menceritakan pengalaman sebenar mereka, mengapa mereka gagal menyusukan bayi mereka terutama pada kelahiran yang pertama. Banyak yang Mama pelajari dari pengalaman ibu-ibu ini. Seorang ibu menceritakan yang apabila beliau bersalin di hospital, tiada siapa yang menolong tunjuk ajar bagaimana untuk memulakan langkah pertama penyusuan. Ada pula yang merungut kerana beliau tidak diberi peluang langsung untuk menemui