One call does it all

a 1300 FIXER

Archived

We Keep Things Organized

  • Semalam saya sempat menonton sebuah kisah ala-ala zaman Rome, sambil menyusu anak yang kecil. Saya tengok tu pun sudah di penghujung cerita. Jadi tak tahu apa awalan ceritanya. Tapi babak-babak akhir kisah tersebut menceritakan bagaimana seorang ketua di negara Rome telah menangkap seorang perempuan bertaraf hamba untuk dijadikan gundik di istananya. Perempuan ini mempunyai seorang bayi yang masih kecil dan masih menyusu. Manakala suaminya yang juga hamba adalah 'gladiator'. Dari perbualan antara hamba perempuan ini dengan ketua negara tersebut, didapati rupa-rupanya ketua negara itu amat cemburu dengan kehebatan 'gladiator' itu sehingga dia ingin memiliki apa yang 'gladiator itu miliki termasuklah isteri beliau. Apa yang menarik lagi di dalam perbualan ini, terdapat isu berkaitan penyusuan dibangkitkan. Ketua negara itu bertanya kepada

    Dec 10,
    - by susuibu
  • 4 Disember, 2004 merupakan detik bersejarah di dalam nota catatan SusuIbu.com. Pada malam tersebut, lebih kurang 20 orang tetamu telah dapat hadir pada majlis Rumah Terbuka SusuIbu.com. Walaupun bilangan tetamu agak kecil, namun majlis tetap berjalan l...

    Dec 05,
    - by susuibu
  • Sebentar tadi saya menghadiri sebuah seminar separuh hari yang dianjurkan oleh Mimos Open Source bertajuk "Open Source and Intelectual Property", http://opensource.mimos.my/?main=tech_wshop/1Disember. Buat masa ini terdapat dua perkara yang amat saya m...

    Nov 30,
    - by susuibu
  • SusuIbu.com julung-julung kalinya akan mengadakan Majlis Perjumpaan bersama ahli bersempena Hari Raya Aidil Fitri pada 4 Disember, 2004 ini. Pelbagai acara menarik telah disusun. Tempat yang istimewa juga dipilih khas untuk pertemuan ini. Kepada ahli-a...

    Nov 29,
    - by susuibu
  • Ramai juga kaum ayah yang merungut, apabila si anak asyik menyusu dengan ibunya, si ayah rasa tersisih seolah tidak diperlukan. Janganlah merajuk wahai si ayah! Ikatan kasih sayang terhadap seorang anak tidak lengkap jika hanya dicurahkan oleh si ibu. Kasih sayang ayah memang amat diperlukan dan ini dapat meringankan beban buat si ibu terutama dalam menjalani bulan-bulan awal kelahiran. Memang hampir 50 peratus masa bayi yang baru lahir akan dihabiskan bersama ibunya. Masa ini kebanyakannya dihabiskan semasa bayi menyusu dengan si ibu. Si ayah akan mengatakan: 'Untunglah si ibu kerana semasa proses penyusuan, si anak dapat lebih mengenali ibunya. Apa tidaknya, masa menyusu anak akan dapat menyentuh ibu, mencium bau ibu, merasa aliran susu ibu dan terus terlena dalam dakapan

    Nov 25,
    - by susuibu